A trainer's journey

A trainer's journeyA trainer's journeyA trainer's journey

A trainer's journey

A trainer's journeyA trainer's journeyA trainer's journey
  • Home
  • Kenali Yusni
  • Blog
  • E-books Saya
  • Matematik @ KelanaJaya
  • Vlog Review Buku
  • Employment Tips
  • Contact Us
  • More
    • Home
    • Kenali Yusni
    • Blog
    • E-books Saya
    • Matematik @ KelanaJaya
    • Vlog Review Buku
    • Employment Tips
    • Contact Us
  • Home
  • Kenali Yusni
  • Blog
  • E-books Saya
  • Matematik @ KelanaJaya
  • Vlog Review Buku
  • Employment Tips
  • Contact Us

E-book

Iqra'; Membangunkan Diri Melalui Amalan dan Disiplin Membaca ( 2016)

Buat Duit Dengan Menulis Ebook: 12 Langkah Tulis, Terbit dan Jual Sendiri Ebook Anda (2017)

Buat Duit Dengan Menulis Ebook: 12 Langkah Tulis, Terbit dan Jual Sendiri Ebook Anda (2017)

 

Kategori : Motivasi & Self help


Sinopsis

Tidak ramai di kalangan kita yang benar-benar menyedari dan memahami kepentingan membaca di dalam kehidupan. Membaca merupakan satu proses, kemahiran dan kaedah di dalam kita mendapatkan maklumat dan ilmu. Dengan maklumat dan ilmu yang diperolehi maka cara kita berfikir, membuat keputusan , bertindak dan mengenalpasti  peluang akan menjadi bertambah baik. Di samping itu,  kebolehan untuk membaca membolehkan seseorang untuk terus berada di dalam proses pembelajaran sepanjang hayat  dan akan membuka lebih banyak peluang dan potensi untuk kita berjaya di dalam kehidupan.

Buku ini akan membina kesedaran dan kefahaman para pembaca tentang betapa pentingnya amalan membaca di dalam kehidupan. Antara tajuk-tajuk yang dikupas di dalam buku ini;
Memahami budaya Iqra’
Kisah-kisah inspirasi tentang kejayaan tokoh-tokoh lalu yang berjaya menerusi disiplin membaca yang kuat.
Bagaimana amalan membaca akan membangunkan potensi diri seseorang
Kemahiran dan teknik untuk memperkukuhkan amalan membaca
Kepentingan dan kelebihan  membaca pelbagai bentuk bahan bacaan


Beli di Google Play Book 

 https://play.google.com/store/books/details/Yusni_Yussof_IQRA_Membangunkan_Potensi_Diri_Melalu?id=MmAqDAAAQBAJ&hl=en 


Beli di E-sentral

 https://www.e-sentral.com/book/info/16797/iqra-membangunkan-potensi-diri-melalui-amalan-dan-disiplin-membaca


Buat Duit Dengan Menulis Ebook: 12 Langkah Tulis, Terbit dan Jual Sendiri Ebook Anda (2017)

Buat Duit Dengan Menulis Ebook: 12 Langkah Tulis, Terbit dan Jual Sendiri Ebook Anda (2017)

Buat Duit Dengan Menulis Ebook: 12 Langkah Tulis, Terbit dan Jual Sendiri Ebook Anda (2017)


Kategori : Motivasi & Self Help


Sinopsis

Teknologi penerbitan ebook telah mengubah lanskap penerbitan buku sedunia. Kini, peluang adalah lebih terbuka untuk sesiapa sahaja yang mempunyai bakat dan kemahiran menulis, serta mempunyai cerita atau idea untuk dikongsikan dengan pembaca lain untuk menerbitkan ebook mereka sendiri. 

Malah, penerbitan ebook juga merupakan satu peluang dan dan kaedah untuk menjana pendapatan di dalam era ekonomi digital dan e-dagang.

Buku ini memuatkan 12 langkah yang perlu diketahui oleh penulis-penulis ebook untuk menceburkan diri dalam penerbitan ebook. Tulis, terbit, jual dan jana pendapatan dengan ebook anda sekarang!


Beli di Google Play Book 

  https://play.google.com/store/books/details/Yusni_Yussof_Buat_Duit_Dengan_Menulis_Ebook?id=JeQlDwAAQBAJ&hl=en 



Beli di E-sentral


https://www.e-sentral.com/book/info/97478/Buat-Duit-Dengan-Menulis-Ebook-12-Langkah-Tulis-Terbit-dan-Jual-Sendiri-Ebook-Anda

Kelebihan Membaca Komik dan Novel Grafik (2012)

Buat Duit Dengan Menulis Ebook: 12 Langkah Tulis, Terbit dan Jual Sendiri Ebook Anda (2017)

Kelebihan Membaca Komik dan Novel Grafik (2012)


Kategori : Non-fiction


Sinopsis

Komik merupakan bahan bacaan yang mudah di dapati di pasaran. Masyarakat di segenap peringkat usia membeli dan membaca komik sama ada yang diterbitkan di dalam negara mahupun yang diimpot. Walaupun lazimnya pandangan umum mengatakan bahawa komik merupakan bahan bacaan ringan, penulis memberikan hujah-hujah bahawa amalan membaca komik mampu menyumbang kepada pembangunan daya fikir pembaca dan kecintaan kepada keindahan seni. Buku ini perlu dibaca oleh 'kaki kaki komik' , pelajar - pelajar bidang grafik, ibu bapa, pendidik dan mereka yang ingin mendalami industri penerbitan komik.



Beli di E-sentral


 https://www.e-sentral.com/book/info/1865/Kelebihan-Membaca-Komik-dan-Novel-Grafik

Espionaj : Dosa Sang Petualang (2015)

Hitam Jiwa Manusia: Homisid di SkyVista (no.1) (2019)

Kelebihan Membaca Komik dan Novel Grafik (2012)


Kategori : Fiksyen, Aksi-perisikan -thriller


 Sinopsis

Azeem Zulkhairi, anggota Agensi Perisikan, Inisiatif Strategik dan Persenjataan Khusus Nasional  ditugaskan untuk menangkap dan membawa pulang seorang pegawai daripada Unit Serigala Hitam, pasukan khusus Angkatan Tentera Malaysia yang dianggap sebagai pembelot yang sekian lama menghilangkan diri. Misi yang mudah menjadi kompleks apabila kebenaran di sebalik sejarah Unit Serigala Hitam mula terbongkar dan Azeem bertembung dengan satu sendiket jenayah antarabangsa yang juga ingin menghapuskan sasarannya. 



Beli di Google Play Book 

 

 https://play.google.com/store/books/details/Yusni_Yussof_ESPIONAJ?id=9kkXCgAAQBAJ&hl=en 



Beli di E-sentral


 https://www.e-sentral.com/book/info/96147/EspionajDosa-Sang-Petualang

Perajurit Watan : Inisiasi (2014)

Hitam Jiwa Manusia: Homisid di SkyVista (no.1) (2019)

Hitam Jiwa Manusia: Homisid di SkyVista (no.1) (2019)


Kategori : Fiksyen, Aksi-thriller


 Sinopsis

 Arman Hadi telah dipilih untuk menyertai program 'Senjata Watan' di mana beliau diberikan kemampuan istimewa untuk mengawal mesin-mesin nano. Dengan kemampuannya dan sut-bio khas, Arman kini dikenali dengan kod nama 'Perajurit Watan'. Dia adalah pahlawan baru untuk menghadapi segala ancaman kepada negara. Kemampuan Perajurit Watan kini akan diuji apabila ia dipanggil untuk menangani krisis pencerobohan dan tebusan yang berlaku di Bright Technologies Sdn Bhd, sebuah syarikat yang mempunyai kaitan dengan kerajaan. Mampukah  Perajurit Watan menghadapinya?



Muat turun secara percuma di Google Play Book 

 

  https://play.google.com/store/books/details/Yusni_Yussof_Perajurit_Watan_Inisiasi_sebuah_novel?id=4-ZQBAAAQBAJ&hl=en 



Muat turun secara percuma di  E-sentral

 https://www.e-sentral.com/book/info/96151/Perajurit-Watan-Inisiasi

Hitam Jiwa Manusia: Homisid di SkyVista (no.1) (2019)

Hitam Jiwa Manusia: Homisid di SkyVista (no.1) (2019)

Hitam Jiwa Manusia: Homisid di SkyVista (no.1) (2019)


Kategori : Fiksyen Sains, Penyiasatan, Thriller


 Sinopsis

 

 Bahagian pertama dalam siri fiksyen sains ini - Pada abad 22, Zek, seorang pegawai polis mendapat panggilan untuk menyiasat satu kejadian pembunuhan di Kondominium SkyVista. Dengan bantuan Android Pembantu Polis yang bernama Mike, Zek ke lokasi kejadian jenayah untuk menyiasat kematian seorang perempuan jelita yang ditemui mati di dalam keadaan mencurigakan.


Ketika menjalankan siasatan di Kondominium SkyVista, Zek dan Mike mengesan isyarat bio-mekanikal yang dipancarkan oleh sebuah android. Namun, android tersebut tidak berdaftar dan tidak dapat dikesan. Kehadiran android tersebut di lokasi jenayah menimbulkan persoalan sama ada android tersebut mempunyai perkaitan dengan kejadian pembunuhan tersebut.



Muat turun secara percuma di Google Play Book 

 

  https://play.google.com/store/books/details/Yusni_Yussof_Hitam_Jiwa_Manusia?id=nNqsDwAAQBAJ&hl=en

Copyright © 2024 yusniyussof.com - All Rights Reserved.


Powered by GoDaddy Website Builder